Amanah pertaruh lima calon DUN di Perlis

Enam calon Parti Amanah Negara (Amanah) bagi merebut kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU15.
Enam calon Parti Amanah Negara (Amanah) bagi merebut kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU15.
A
A
A

KANGAR - Pakatan Harapan (PH) Perlis akhirnya melengkapkan senarai kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selepas Parti Amanah Negara (Amanah) mengumumkan nama enam calonnya termasuk seorang calon kerusi Parlimen.

Amanah menampilkan empat muka baharu iaitu seorang bagi kerusi Parlimen Padang Besar dan tiga bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis pada PRU15.

Pesara tentera yang kini bergelar pengusaha mangga harum manis, Mohamad Saad @ Yahaya diumumkan sebagai calon muka baharu bagi kerusi Parlimen Padang Besar.

Tiga muka baharu yang dipertaruhkan merebut kerusi DUN ialah Ahli Jawatankuasa Biro Pilihan Raya Umum (PRU) Amanah Perlis, Mat Safar Saad (Beseri); Ahli Jawatankuasa Amanah Kangar, Azhari Ahmad (Bintong) dan Ahli Amanah, Dr Ahmad Fadhzil Mohamad (Sanglang).

Dua muka lama yang akan bertanding semula ialah Pengerusi Amanah Perlis, Wan Kharizal Wan Khazim (Kayang) dan Ketua Wanita PH negeri, Che Mazlina Che Yob (Santan).

Pengumuman memperkenalkan calon itu dibuat Wan Kharizal pada Jumaat.

Sementara itu, calon termuda Amanah, Dr Ahmad Fadhzil memberitahu, beliau ingin membawa tujuh manifesto yang dipanggil ‘SIMPATI Sanglang’.

“S itu merujuk kepada sihat sejahtera, I ialah ilmu pendidikan, M iaitu membangun, P ialah pertanian perikanan, A merujuk aktiviti belia dan sukan, T ialah tarikan pelacongan dan terakhir I, infrastruktur asas.

Artikel Berkaitan:

“Kita mahu membawa perubahan dan pembangunan di Sanglang. Misalnya, di Sanglang sendiri tidak mempunyai kemudahan untuk bersukan, dewan pun tiada. Jadi kemudahan-kemudahan itu kita nak bawa di Sanglang,” ujar pemilik rangkaian Klinik Annura.

Senarai calon DUN PH Perlis PRU15

Parlimen Padang Besar

N01 Titi Tinggi:Teh Seng Chuan

N02 Beseri: Mat Safar Saad

N03 Chuping: S Natthavuth

N04 Mata Ayer: Amran Kamarudin

N05 Santan: Che Mazlina Che Yob

Parlimen Kangar

N06 Bintong: Azhari Ahmad

N07 Sena: Asrul Nizan Abd Jalil

N08 Indera Kayangan: Gan Ay Ling

N09 Kuala Perlis: Nor Azam Karap

N10 Kayang: Wan Kharizal Wan Khazim

Parlimen Arau

N11 Pauh: Azhar Ameir

N12 Tambun Tulang: Muhammad Syahmi Suhaimi

N13 Guar Sanji: Hasparizal Hassan

N14 Simpang Empat: Amran Darus

N15 Sanglang: Ahmad Fadhzil Mohamad