PN Perlis sasar menang sembilan kerusi DUN

Calon PN Perlis yang akan bertanding pada PRU15.
Calon PN Perlis yang akan bertanding pada PRU15.
A
A
A

KANGAR – Perikatan Nasional (PN) Perlis menyasarkan sekurang-kurangnya menang sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Perlis ke-15 (PRU15) bagi membentuk kerajaan negeri yang kukuh.

Pengerusi PN Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, kemenangan kerusi DUN yang ‘solid’ akan memudahkan gabungan parti itu untuk merancang dan melaksanakan semua manifesto jika diberi mandat membentuk kerajaan negeri.

Banyak kajian dibuat mendapati tiada parti yang boleh berdikari selepas pilihan raya ini. Kita akan tunggu keputusan pusat, sama ada terdapat keperluan untuk penyatuan (kerajaan campuran) mentadbir Perlis.

“Secara peribadi, seboleh-bolehnya tidak mahu dengan PH (Pakatan Harapan). Kita harap rakyat dapat memberi sokongan kepada PN untuk mentadbir negeri,” katanya selepas Majlis Perisytiharan Calon PRU15 Peringkat Nasional Negeri Perlis, pada Khamis.

Dalam perkembangan lain, Mohd Shukri menafikan kekosongan dua kerusi DUN Kayang dan Sena mempunyai kaitan dengan penyandang Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

“Saya ada berjumpa dengan beliau tetapi kami tiada apa-apa rundingan dengan Zahidi,” ujarnya.

Terdahulu, Mohd Shukri mengumumkan 16 calon PN pada PRU15 dan dua lagi akan diumumkan pada Jumaat.

Pengumuman itu sekali gus mengesahkan Datuk Seri Shahidan Kasim akan bertanding kerusi Parlimen Arau menggunakan tiket PN.

Artikel Berkaitan:

Ahli perniagaan, Datuk Rushdan Rusmi dicalonkan kerusi Parlimen Padang Besar manakala pesara guru, Zakri Hassan di Parlimen Kangar.

Dua penyandang dari Pas iaitu Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji) dan Mohd Shukri (Sanglang) dikekalkan. Buat julung kalinya juga Pas Perlis mengetengahkan seorang calon wanita yang akan bertanding di kerusi DUN Mata Ayer iaitu Wan Badariah Wan Saad.

Selain Wan Badariah, 12 calon muka baharu yang dikemukakan PN ialah Izizam Ibrahim Adi (Titi Tinggi), Haziq Haziq Asyraf Dun (Beseri), Saad Seman (Chuping), Muhammad Azmir Azizan (Santan), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong), P Pramood (Indera Kayangan) dan Abu Bakar Hamzah (Kuala Perlis).

Turut dicalonkan Megat Hashirat Hassan (Pauh), Wan Zikri Afthar Ishak (Tambun Tulang) dan Razali Saad (Simpang Empat).

Senarai calon PN Perlis:

P001 Padang Besar: Datuk Rushdan Rusmi

N01 Titi Tinggi: Izizam Ibrahim Adi

N02 Beseri: Haziq Asyraf Dun

N03 Chuping: Saad Seman

N04 Mata Ayer: Wan Badariah Wan Saad

N05 Santan: Muhammad Azmir Azizan

P002 Kangar: Zakri Hassan

N06 Bintong: Fakhrul Anwar Ismail

N07 Sena: Belum umum

N08 Indera Kayangan – P Pramood

N09 Kuala Perlis: Abu Bakar Hamzah

N10 Kayang: Belum umum

P003 Arau: Datuk Seri Shahidan Kassim

N11 Pauh: Megat Hashirat Hassan

N12 Tambun Tulang: Wan Zikri Afthar Ishak

N13 Guar Sanji: Mohd Ridzuan Hashim

N14 Simpang Empat: Razali Saad

N15 Sanglang: Mohd Shukri Ramli