Jumpa mayat anak hampir reput dalam bilik tidur

Anggota polis membawa keluar mayat mangsa untuk dibawa ke Hospital Tumpat.
Anggota polis membawa keluar mayat mangsa untuk dibawa ke Hospital Tumpat.
A
A
A

TUMPAT - Terkejut. Hanya itu reaksi Lee Sai Mai, 68, apabila menemukan mayat anaknya yang hampir reput di dalam bilik tidurnya semalam.

Kejadian berlaku di rumahnya di Taman Seri Kota Pasir Pekan, Wakaf Bharu pada jam 3.30 petang semalam ketika Sai Mai baru balik dari bercuti di Kuala Lumpur.

Sai Mai tidak menyangka akan menemukan anaknya Ng Chee Siang,47, dalam keadaan seperti itu.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud berkata, kali terakhir Sai Mai bercakap dengan Chee Siang adalah Jumaat lalu menerusi panggilan telefon.

"Sehari kemudian ibunya sekali lagi menghubungi anaknya tetapi tidak berjawab," katanya.

Mayat dibawa ke Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat.

Ab Rashid berkata, kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Kematiannya tiada kaitan dengan unsur jenayah, hasil pemeriksaan juga tiada sebarang kesan kecederaan kepada mangsa," katanya.

Artikel Berkaitan: