BN Johor perlu menang 20 kerusi: Tok Mat

Mohamad ( dua dari kiri) melancarkan jentera BN Johor di Educity Indoor Arena pada Rabu.
Mohamad ( dua dari kiri) melancarkan jentera BN Johor di Educity Indoor Arena pada Rabu.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Sebanyak 20 kerusi daripada 26 kerusi Parlimen Johor perlu dimenangi BN bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang kukuh selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,kecemerlangan BN Johor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri Mac lalu perlu dijadikan sandaran untuk memperoleh lebih banyak kerusi pada PRU15.

"Tidak boleh kurang daripada 20 kerusi. Ini pesanan saya pada Hasni (Pengerusi BN Johor) untuk bolehkan kita tubuhkan Kerajaan Persekutuan.

"Ingat lupakan dulu perkara remeh-temeh, fokus kepada kemenangan parti dahulu. Jangan tersangkut kaki sebab perkara kecil. Keutamaan kita untuk menang, berusahalah dengan gigih, buktikan Johor mampu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan jentera BN Johor, di Educity Indoor Arena, di sini, pada Rabu.

Turut hadir, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Datuk Seri Hasni Mohammad yang juga Pengerusi UMNO Johor dan Pengarah Pilihan Raya Johor.

Sementara itu, Mohamad yang juga Pengarah Pilihan Raya BN turut menafikan semua pertuduhan di mahkamah dihadapi pimpinannya akan dilepaskan sekiranya BN menang pada PRU15 nanti

"Ini tuduhan yang dibuat bagi menakutkan rakyat. Pembangkang kata jika BN menang, kita nak lepaskan kes mahkamah pemimpin.

Artikel Berkaitan:

"BN hendak menang kerana mahu urus negara dengan lebih baik kerana mereka gagal urus negara sebelum ini," katanya.