Sila log masuk terlebih dahulu.

PRU15: 2,443 polis Kedah di 15 pusat penamaan calon

02 November 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 2 NOVEMBER 2022

Polis Kedah menempatkan 2,443 pegawai dan anggota polis di 15 pusat penamaan calon di seluruh Kedah, Sabtu ini bagi memastikan kelancaran proses penamaan calon sempena PRU15.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, pihaknya menggerakkan semua elemen termasuklah unit Pasukan Simpanan Bersekutu, Unit Tindakan Rusuhan Awam dan Unit Tempur Ringan bagi menjaga keselamatan serta mengawal situasi sepanjang proses tersebut.

Datuk Wan Hassan berkata sedemikian ketika menyaksikan simulasi ketenteraman awam di hadapan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, di sini, pada Rabu, laporan wartawan Sinar Harian Nurul Hidayah Hamid.

Artikel

#BeritaSemasa #SinarHarian