Tempat tercorot, kerajaan Kedah digesa cari jalan

Asmirul (kanan) pada sidang akhbar selepas Persidangan DUN Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Setar pada Rabu.
Asmirul (kanan) pada sidang akhbar selepas Persidangan DUN Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Setar pada Rabu.
A
A
A

KERAJAAN negeri perlu mencari jalan demi memastikan Kedah kembali gemilang dan cemerlang dalam arena bola sepak dan sukan.

Bekas Exco Belia dan Sukan Kedah, Asmirul Anuar Aris berkata, pihaknya mendapati Kedah menduduki kedudukan tercorot pada Sukan Malaysia (Sukma) 2022.

Beliau berkata, Kedah juga didapati gagal layak di peringkat kumpulan apabila tidak dapat maju ke peringkat pusingan ketika Piala Emas Raja-Raja.

“Piala Presiden juga tercorot, piala belia juga termasuklah yang popular Liga Super, Kedah tidak layak (ke perlawanan akhir) apabila seri dengan Negeri Sembilan.

“Kalah enam berturut-turut dan satu seri menyebabkan kita tidak layak. Jadi, janganlah kita sembang sahaja tetapi keputusan tidak ada sedangkan Kedah merupakan negeri yang dipandang negeri-negeri lain dan merupakan top ranking dalam apa sukan pun,” katanya.

Beliau berkata sedemikian kepada Sinar Harian pada sidang akhbar selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman, di sini, pada Rabu.

Sehubungan itu, Asmirul meminta kerajaan negeri seharusnya mengambil pendekatan sewajarnya seperti pengurusan, kejurulatihan dan urusan sukan mesti dipertingkatkan.

Sementara itu, Ketua Pembangkang DUN Kedah, Datuk Johari Abdul turut melahirkan kekecewaan atas pretasi Kedah yang tidak memberangsangkan apabila kalah enam kali dan seri satu kali dalam perlawanan bola sepak.

Artikel Berkaitan:

“Kita minta Exco Belia dan Sukan supaya lebih agresif untuk melihat di mana pretasi ini terencat. Apakah masalahnya, adakah peringkat persatuan ataupun cara berinteraksi dengan semua pihak.

“Saya rasa masyarakat di luar sana selepas kita kalah beberapa kali, agak memalukan kerana kita pernah menjadi pengeluar pemain bola profesional,” katanya.