Semua calon GTA diyakini bersih: Tun M

Tun Mahathir
Tun Mahathir
A
A
A

BANGI - [DIKEMAS KINI] Kesemua calon Gerakan Tanah Air (GTA) tidak melalui proses tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana telah diyakini ‘bersih’ daripada sebarang tuduhan.

Pengerusi Penajanya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, calon yang dipilih itu juga turut melepasi tapisan parti.

“Nama-nama calon yang kita umumkan ini telah kita kaji dan tentukan terdiri daripada mereka yang berintegriti dan berpengalaman.

“Bersandarkan itu juga kita lihat mereka (calon) sememangnya layak untuk menjadi wakil rakyat, bahkan menteri pun,” katanya ketika sidang akhbar selepas Majlis Pengumuman Calon PRU15 GTA-Pejuang di Pusat Konvensyen Bangi di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada calon GTA telah membuat tapisan dengan SPRM.

Sementara itu, ditanya mengenai gabungan mana yang akan disertai GTA sekiranya kerusi yang dimenangi tidak mencukupi untuk membentuk kerajaan, Dr Mahathir berkata, ia akan diputuskan selepas pilihan raya nanti.

“Gabungan mana yang akan kita sertai kita tentukan selepas PRU15 nanti,” katanya.

Artikel Berkaitan: