Sila log masuk terlebih dahulu.

PRU15: Ustaz Kazim di Larut, Tengku Zafrul di Kuala Selangor

01 November 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 11 NOVEMBER 2022

Pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau Ustaz Kazim menjadi taruhan Barisan Nasional bagi merebut kerusi Parlimen Larut.

Pemilihan tokoh agama itu berdasarkan populariti dan pengaruhnya di Perak dan dikatakan sesuai diletakkan sebagai 'underdog' di kawasan Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Penyandang kerusi Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kekal terus mengekalkan kerusi, diikuti, Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan, Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki bertanding di Parlimen Gerik, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Kuala Selangor, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan di Rembau, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di Sungai Buloh dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bertanding di Parlimen Kota Tinggi.

#BeritaSemas #SinarHarian