Tiga prinsip utama perlu dipatuhi calon BN

Ahmad Zahid
Ahmad Zahid
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] BN menggariskan tiga prinsip utama yang perlu dipikul calon parti itu apabila berjaya memenangi kerusi ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiga prinsip itu adalah taat, tetap khidmat dan muafakat.

“Dengan tiga keutamaan ini, menjadi wakil rakyat ia bukanlah jawatan untuk mendapatkan keistimewaan.

“Wakil rakyat bukan tiket untuk mendapat layanan sebaliknya mesti mampu menjadi pelayan.

“Wakil rakyat bukan untuk kemegahan dan kemewahan, sebaliknya untuk mensejahterakan kehidupan seluruh watan,” katanya pada Majlis Pengumuman Bakal Calon Parlimen BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Selasa.

Jelas Ahmad Zahid yang juga calon Bagan Datuk, calon-calon BN yang ditampilkan pada pilihan raya kali ini mempunyai tanggungjawab dan beban amanah yang amat besar.

“Dengan peringatan dan harapan itu, saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih bagi pihak peribadi saya sebagai Pengerusi BN dan mewakili seluruh jajaran kepimpinan dan ahli-ahli parti kepada semua wakil rakyat.

“Bagi yang terpilih semula teruskan kecemerlangan perkhidmatan dan bagi yang tidak terpilih, jasa dan sumbangan anda semua akan terpahat dalam tinta sejarah perjuangan BN,” katanya.

Artikel Berkaitan: