PH Kelantan umum calon esok

Kenyataan Rushdan mengenai calon PH bagi PRU15.
Kenyataan Rushdan mengenai calon PH bagi PRU15.
A
A
A

KOTA BHARU - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan calon Parlimen negeri Kelantan bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam gabungan itu.

Setiausaha PH Kelantan, Rushdan Mustafa berkata, majlis memperkenalkan calon itu dijadualkan berlangsung di Bilik Gerakan Utama PH, Kampung Membunga, Machang pada Rabu (2 November 2022) pada jam 9 malam.

"Kesemua 14 calon bakal terjawab esok selepas Pengerusi memperkenalkan mereka pada majlis itu," katanya melalui satu kenyataan pada Selasa.

Beliau turut mengalu-alukan kehadiran semua penyokong PH orang ramai pada majlis berkenaan.

Ahad lepas, PH sudah mengumumkan calon gabungan itu di Langkawi yang dilakukan Ketua Penerangan PH Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh.

Artikel Berkaitan: