Danks tiada dalam barisan Aston Villa baharu

Aaron Danks FOTO: AGENSI
Aaron Danks FOTO: AGENSI
A
A
A

AARON Danks tidak akan menjadi sebahagian daripada set kejurulatihan pasukan utama pengurus baharu Unai Emery di Aston Villa, kata kelab pencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris itu.

Danks sebelum ini merupakan pengendali sementara Villa dalam dua perlawanan terakhir selepas pemecatan Steven Gerrard pada 20 Oktober lalu.

Emery, bekas pengurus Arsenal, Sevilla dan Villarreal, secara rasmi memegang jawatannya di Villa Park pada Selasa.

Danks kini dilaporkan sedang mempertimbangkan tawaran jawatan alternatif dalam kelab bermarkas di Villa Park, yang merupakan antara kelab perintis Liga Bola Sepak pada 1888.

Villa juga telah mengumumkan bahawa jurulatih penjaga gol Neil Cutler meninggalkan kelab tetapi seorang lagi kakitangan bilik belakang, Austin MacPhee, akan kekal.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Neil atas semua kerja kerasnya sepanjang empat tahun bersama Aston Villa dan mendoakan yang terbaik untuknya dalam karier masa depannya.

“Aaron Danks akan meninggalkan set pasukan utama dan sedang mempertimbangkan peranan baharu dalam kelab.

"Austin MacPhee pula akan kekal sebagai sebahagian daripada persediaan kejurulatihan pasukan utama," kata kelab itu.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, penjaga gol Villa, Emi Martinez telah memberi penghormatan kepada Cutler.

Dia menulis di Instagram: "Tidak dapat berterima kasih kepada anda kerana cara anda membantu saya sejak hari pertama.

“Bukan sekadar jurulatih penjaga gol kepada saya, anda menjadi kawan saya, malangnya bola sepak kadangkala tidak adil tetapi saya pasti anda akan menemui kelab yang sesuai untuk anda. Jurulatih Inggeris terbaik beribu-beribu batu dekat di hati.”

Di bawah Danks, Villa bermula garang membelasah Brentford 4-0, sebelum dibelasah 0-4 semula Newcastle United hujung minggu lalu.