Dua maut insiden kren runtuh

Bomba mengeluarkan salah seorang mangsa yang terbabit dalam nahas runtuhan kren gantri di Lumut. - Foto Ihsan bomba
Bomba mengeluarkan salah seorang mangsa yang terbabit dalam nahas runtuhan kren gantri di Lumut. - Foto Ihsan bomba
A
A
A

LUMUT - Dua lelaki dilaporkan maut manakala seorang lagi cedera dalam kejadian runtuhan kren gantri di Kawasan Perindustrian Kampung Acheh, Sitiawan di sini pada Isnin.

Difahamkan kejadian berlaku ketika mangsa melakukan kerja-kerja pemotongan kren untuk dilupuskan.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Abdul Rajim Hasmki, 33, manakala seorang lagi belum dikenal pasti identitinya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Mohd Azizi Zakaria berkata, sepasukan 12 pegawai dan anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 4.58 petang.

Pasukan bomba dalam usaha mengeluarkan seorang lagi mangsa yang tergantung pada ketinggian 4.5 meter dalam insiden runtuhan kren gantri di Lumut. - Foto ihsan bomba
Pasukan bomba dalam usaha mengeluarkan seorang lagi mangsa yang tergantung pada ketinggian 4.5 meter dalam insiden runtuhan kren gantri di Lumut. - Foto ihsan bomba

"Dua mangsa berjaya dikeluarkan bagaimanapun, seorang mangsa disahkan meninggal oleh pegawai kesihatan di lokasi kejadian

"Manakala seorang lagi yang cedera berusia 36 tahun diserahkan kepada ambulans untuk dihantar menerima rawatan," katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya, operasi diteruskan untuk mengeluarkan seorang lagi mangsa.

Artikel Berkaitan:

"Operasi mengalami kesukaran apabila kedudukan mangsa yang tergantung pada ketinggian 4.5 meter.

"Bomba terpaksa menggunakan kren dan gas oxy-acetylene untuk memotong besi kren. Usaha diteruskan untuk membawa mangsa turun," katanya.