Rashford ledak gol ke-100 bersama Manchester United

Rashford pencetus tiga mata Manchester United ketika menjinakkan West Ham United di Old Trafford. FOTO: AGENSI
Rashford pencetus tiga mata Manchester United ketika menjinakkan West Ham United di Old Trafford. FOTO: AGENSI
A
A
A

MARCUS Rashford disifatkan sebagai tonggak hebat yang akan menjadi pemain unggul selepas membantu The Red Devils menang 1-0 ke atas West Ham United dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Old Trafford pada Isnin.

Rashford menjaringkan gol ke-100 peribadi untuk Manchester United dengan tandukan cemerlang pada separuh masa pertama, berjaya memanjangkan rekod tanpa kalah pencabar kejuaraan EPL itu dalam semua pertandingan kepada lapan perlawanan.

Penyerang England itu juga adalah pemain United pertama sejak era Wayne Rooney pada 2009, mencapai mercu tanda penjaringan gol terhebat sepanjang zaman kelab.

Pengendali Manchester United, Erik ten Hag percaya produk Akademi The Red Devils sejak berusia tujuh tahun itu yang mula membuka akaun gol di penampilan sulung bersama pasukan senior ketika menewaskan Midtjylland 5-1 dalam Liga Europa UEFA pada 26 Februari 2016, telah pun menjadi pemain elit kelab tersohor dunia tersebut.

“Sebelum anda berusia 25 tahun, untuk menjaringkan 100 gol, saya fikir anda sudah berada di tahap elit, namun pastinya dia tidak akan berpuas hati dengan itu.

“Akhirnya ia berkait juga dengan berapa banyak trofi yang anda menangi bersama kelab anda dan saya fikir dia boleh mengembangkan permainannya dengan lebih baik lagi," kata ten Hag.

Rashford pencetus tiga mata Manchester United ketika menjinakkan West Ham United di Old Trafford. FOTO: AGENSI
Rashford pencetus tiga mata Manchester United ketika menjinakkan West Ham United di Old Trafford. FOTO: AGENSI

Rashford sebelum itu menjelmakan kemenangan penting buat Manchester United ketika melayan kunjungan angkatan David Moyes, apabila menyudahkan hantaran lintang Christian Eriksen.

Artikel Berkaitan:

Malah ten Hag juga jelas gembira apabila Rashford mengikuti nasihatnya sejak pengendali dari Belanda itu tiba di Old Trafford.

“Apabila anda melihat dia membuat dua tandukan (dalam permainan), ia bermakna kami telah bekerja keras untuk itu.

“Saya telah memaklumkan dia dari awal, tandukannya perlu diperbaiki dan dia berusaha untuk itu dan anda boleh lihat apa yang berlaku pada perlawanan ini.

“Juga dari segi mental, dia jauh lebih konsisten serta berdaya tahan. Saya sangat gembira dengan kemajuan itu.

“Ya, dia semakin dewasa dalam permainannya, namun seperti pemain hebat lain masih ada banyak ruang penambahbaikan yang tiada noktah buat Rashford, namun yang pasti dia landasan terbaik memacu kehebatan karier bola sepak ke hadapan,” tambah ten Hag.