PKPIM gesa diskaun tiket pesawat untuk pengundi muda

Gambar hiasan. - Foto 123RF
Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) meluahkan kekecewaan berikutan harga tiket kapal terbang yang melambung tinggi dan tidak munasabah antara perjalanan Semenanjung ke Sabah dan Sarawak.

Timbalannya, Muhammad Nazmi Ab Rahim berkata, PKPIM menggesa diskaun 50 peratus tiket kapal terbang diberikan kepada pengundi muda berusia bawah 30 tahun bagi melaksanakan tanggungjawab pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November nanti.

“PKPIM mengesyorkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menimbangkan cadangan pelaksanaan undi Pos untuk kemudahan mahasiswa.

“Mekanisme ini diharapkan dapat meningkatkan peratusan keluar mengundi terutamanya bagi mahasiswa yang tidak punyai kemampuan balik mengundi,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Untuk rekod, di Sarawak, seramai 129,034 pengundi (18-20 tahun) dan 416,645 pengundi (21-29 tahun) manakala di Sabah mempunyai seramai 127,582 (18-20 tahun) dan 405, 760 (21-29 tahun) telah berdaftar mengundi.

Artikel Berkaitan: