Sila log masuk terlebih dahulu.

Mahdzir 'bising' pemimpin berpindah-randah tak fikir rakyat

30 Oktober 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 30 OKTOBER 2022

Pemimpin yang sering berpindah-randah sebagai calon pilihan raya lebih bermatlamat untuk membina partinya sahaja dan bukannya berniat membantu rakyat di kawasan yang ditandinginya itu, lapor Wan Hafiz Wan Mansor.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, budaya tersebut hanya memberikan kesan tidak baik kepada masyarakat kerana tugas utama seorang pemimpin yang dipilih adalah berkhidmat kepada rakyat.

Menurutnya, sikap pemimpin yang sering berpindah-randah ini tidak menjadi amalan calon UMNO dan BN kerana memahami keperluan rakyat yang sentiasa memerlukan perhatian wakil rakyat dari semasa ke semasa.

Artikel

#BeritaSemasa #SinarHarian