Malaysia terima pengiktirafan berganda

Mohammed Azman mempengerusikan mesyuarat ISSA setelah dipilih sebagai Presiden ISSA ke-17 untuk tempoh 2023 -2025.
Mohammed Azman mempengerusikan mesyuarat ISSA setelah dipilih sebagai Presiden ISSA ke-17 untuk tempoh 2023 -2025.
A
A
A

MARRAKESH - Malaysia menerima pengiktirafan berganda di peringkat antarabangsa apabila Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed dilantik sebagai Presiden International Social Security Association (ISSA) yang ke-17.

Perkara itu diumumkan semasa Forum Keselamatan Sosial Dunia (WSSF) 2022 yang dihadiri oleh 321 ahli dari 161 buah negara yang menghimpunkan lebih daripada 2,000 pengamal keselamatan sosial di Maghribi bermula 23 hingga 28 Oktober lalu.

Mohammed Azman yang bakal menerajui ISSA bagi tempoh tiga tahun bermula 2023 sehingga 2025, bersyukur atas kepercayaan yang diberikan oleh ahli-ahli badan antarabangsa ISSA kepada beliau untuk jawatan Presiden yang ke-17.

“Bagi saya, pemilihan ini adalah kejayaan Malaysia, Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan semua warga Perkeso kerana melonjakkan lagi kedudukan Malaysia di mata masyarakat antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Bahagian Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Perkeso pada Sabtu.

Mohammed Azman melaksanakan amanah sebagai Pengerusi ISSA ke-17 untuk meningkatkan kesejahteraan sejagat menerusi perlindungan keselamatan sosial yang lebih komprehensif dan inklusif.
Mohammed Azman melaksanakan amanah sebagai Pengerusi ISSA ke-17 untuk meningkatkan kesejahteraan sejagat menerusi perlindungan keselamatan sosial yang lebih komprehensif dan inklusif.

Jelasnya, menerusi ISSA, beliau akan memberikan komitmen yang terbaik untuk meningkatkan sistem perlindungan keselamatan sosial agar setiap ahli ISSA melaksanakan perlindungan yang komprehensif dan inklusif di negara masing-masing demi kesejahteraan sejagat.

Difahamkan, Mohammed Azman merupakan rakyat Malaysia pertama yang memegang jawatan tertinggi tersebut dalam badan antarabangsa yang menerajui bidang keselamatan sosial di peringkat global.

Sebelum pemilihan ini, Mohammed Azman pernah menerima pengiktirafan antarabangsa menerusi Frances Perkins Award 2020 yang dianugerahkan oleh International Association of Industrial Accident Boards and Commissions (IAIABC) yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan beliau merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah organisasi tersebut serta orang Asia pertama menerima anugerah tersebut.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, beliau juga memegang jawatan sebagai Presiden ASEAN Workers Compensation Association (AWCA), Ahli Lembaga Pengarah ASEAN Social Security Association (ASSA) dan Ahli Majlis Vision Zero Global Alliance.