Tiada konflik ambil ahli Amanah jadi calon PKR: Anwar

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
A
A
A
BANGI - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan mengambil pemimpin Amanah bertanding atas kuota Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak timbulkan masalah dan konflik dalam gabungan parti itu.

Beliau berkata, pencalonan Nik Omar Nik Abdul Aziz dan Datuk Husam Musa itu telah dimaklumkan dalam Majlis Presiden PH

"Tak ada masalah. Dia bertanding atas simbol PH.



"Kawasan itu kawasan diperuntukkan kepada PKR," katanya pada sidang media selepas menghadiri Seminar Penghargaan Allamah dan Perjuangan Nahdah Umat: Aspirasi Membina Masa Depan Malaysia di sini pada Sabtu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya sama ada pencalonan pemimpin Amanah atas tiket PKR akan menimbulkan konflik dalam PH.

Sebelum ini, PKR mengumumkan Nik Omar dan Husam akan bertanding atas tiket kerusi PKR di Pasir Salak dan Pasir Mas.

Dalam pada itu, Anwar berkata, terdapat pertimbangan dilakukan PKR terhadap kawasan yang diperuntukkan kepada Nik Omar dan Husam.

"Jadi pertimbangan kita mengenai Nik Omar dia rasa di Kelantan tidak sesuai, jadi beri laluan di Pasir Salak. Kerana rasa ketokohan dia boleh memenangkan beliau.

"Husam seorang teman akrab kepada Nik Omar dan anak murid kepada Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat. Jadi (letak) di Pasir Mas," katanya.

Sementara itu, Anwar juga berkata, hubungan di antara pemimpin-pemimpin PH sangat baik pada masa ini dan sukar untuk diretakkan.
Artikel Berkaitan:


"Jika lihat keadaan sekarang hubungan sangat baik. Saya dan Mohamad Sabu, Anthony Loke dan pimpinan lain sangat mantap, kukuh dan sukar diretakkan," jelas beliau.