Pearly-Thinaah kekal rentak cemerlang di Paris

Pearly-Thinaah mara ke separuh akhir Terbuka Perancis. - Foto BAM
Pearly-Thinaah mara ke separuh akhir Terbuka Perancis. - Foto BAM
A
A
A

BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah meneruskan pengembaraan cemerlang gandingan itu di bumi Paris pada Jumaat.

Bertempat di Stade Pierre de Coubertin, gandingan sensasi itu menyingkirkan gandingan nombor tiga dunia Nami Matsuyama-Chiharu Shida dalam aksi suku akhir Terbuka Perancis.

Bagaimanapun, Pearly-Thinaah bermula agak goyang pada set pertama apabila tewas 15-21 kepada beregu dari Jepun tersebut.

Kekalahan itu tidak menjejaskan semangat apabila Pearly-Thinaah kembali garang untuk memenangi set kedua 21-14 sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.

Di set ketiga, pasangan ranking ke-11 dunia itu tidak menoleh ke belakang lagi apabila terus mengasak untuk kemenangan 21-14 dalam aksi 74 minit.

Menanti Pearly-Thinaah di separuh akhir ialah Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee bagi perebutan jajaran ke pentas perlawanan akhir.

Ha Na-So Hee sebelum itu tidak berdepan masalah menjinakkan juara dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan, 21-16, 23-21 dalam masa 66 minit.

Artikel Berkaitan: