[VIDEO] Suami mangsa kemalangan maut terima faedah Perkeso

Adham (kanan) menyerahkan bayaran faedah Perkeso kepada Redzuan di rumahnya di Kampung Lukut Batu 4 pada Khamis.
Adham (kanan) menyerahkan bayaran faedah Perkeso kepada Redzuan di rumahnya di Kampung Lukut Batu 4 pada Khamis.
A
A
A

KOTA TINGGI- Suami kepada mangsa kemalangan maut di Kilometer 45.7 Lebuhraya Plus Utara Selatan, arah selatan, berhampiran Sedenak Kulai, pada 15 Oktober lalu, menerima bayaran faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) pada Khamis.

Dalam nahas sekitar jam 7.45 petang itu, mangsa, Nurul Nazihah Kamalul Arifin, 28, maut dipercayai tersepit di tempat duduk penumpang hadapan sementara suaminya, Redzuan Jamil, 28, berjaya ditarik keluar dari kereta oleh orang awam.

Pengarah Perkeso Johor, Tong Sing Chuang berkata, berdasarkan semakan oleh Skuad Perkeso Prihatin, mangsa merupakan orang berinsuran (OB) dan layak menerima faedah Perkeso iaitu faedah pengurusan mayat berjumlah RM2,000 dan pencen penakat.

Katanya, pencen penakat berjumlah RM698 itu akan dibayar kepada suami arwah Nurul Nazihah Kamalul Arifin, iaitu Redzuan Jamil.

“Semakan mendapati, arwah merupakan seorang pencarum maka layak memperoleh faedah pencen penakat," katanya ketika ditemui selepas majlis serahan cek faedah pengurusan mayat di rumahnya di Kampung Lukut Batu 4.

Hadir sama, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba yang juga penyandang kerusi Parlimen Tenggara.

Sementara itu, Redzuan menyeru orang ramai mengambil tahu tentang faedah yang disediakan Perkeso bagi membantu golongan pekerja yang ditimpa kemalangan dan sebagainya.

"Ini usaha kerajaan yang memberi perlindungan di bawah Perkeso kepada pekerja. Dengan adanya pencen penakat disediakan Perkeso ini, ia amat membantu waris.

Artikel Berkaitan:

"Saya harap orang ramai termasuk mereka yang bekerja sendiri boleh mula mencarum kerana Perkeso kerana banyak faedah yang akan diperoleh," katanya.