Barcelona harus lupakan kekecewaan

Barcelona tersingkir dari peringkat kumpulan Liga Juara-Juara untuk tahun kedua berturut-turut. - Foto Agensi
Barcelona tersingkir dari peringkat kumpulan Liga Juara-Juara untuk tahun kedua berturut-turut. - Foto Agensi
A
A
A

PENGENDALI Barcelona, ​​Xavi Hernandez berkata, pasukannya perlu meninggalkan kekecewaan Liga Juara-Juara segera dan fokus memperbaiki permainan untuk bersaing merebut gelaran LaLiga dan Liga Europa.

Hernandez dilihat tidak mencari alasan selepas Barcelona tewas 0-3 di tempat sendiri kepada Bayern Munich dalam aksi Kumpulan C, pada perlawanan yang diketahui gergasi Sepanyol berkenaan telah pun tersingkir daripada pertandingan tersebut selepas Inter Milan menang 4-0 ke atas Viktoria Plzen itu

Barcelona yang memenangi hanya satu daripada lima perlawanan peringkat kumpulan sebelum ini akan meneruskan di peringkat kedua Liga Europa selepas menduduki tempat ketiga kumpulan untuk tahun kedua berturut-turut.

"Ini adalah realiti dan kami perlu menghadapinya. Mungkin itulah yang kami perlukan, iaitu tamparan untuk berkembang.

"Hari ini sudah berakhir, terlalu lewat untuk melakukan apa-apa. Sebab utama kami sampai ke situasi ini adalah kerana kesilapan kami sendiri dalam perlawanan sebelum Ini, kami gagal untuk berkesan di hadapan.

"Kami terkeluar dengan perasaan yang sangat buruk tetapi kami perlu menetapkan semula dan menyambung semula untuk memperjuangkan trofi lain yang tinggal," Xavi Hernandez di Camp Nou.

Kekalahan itu merupakan satu lagi tamparan buat Barca selepas kehilangan status pendahulu LaLiga berikutan kekalahan 1-3 di Real Madrid dalam 'El Clasico' minggu lalu.

Sebelum ini gergasi LaLiga itu di ambang penyingkiran Liga Juara-Juara selepas sekadar melakar keputusan seri 3-3 berdepan Inter Milan.

Artikel Berkaitan:

“Perlawanan menentang Inter adalah tamparan yang paling hebat melanda saya, iaitu apabila kami hilang kawalan terhadap nasib kami sendiri dan saya fikir ia benar-benar kejam untuk pasukan ini.

"Tetapi kami perlu kekal bersama para penyokong kelab hebat malam ini, sangat menggembirakan melihat lebih 85,000 di Camp Nou menyokong kami sehingga akhir. Perkara yang buruk ialah kami tidak berada pada tahap terbaik di padang.

"Masih terdapat kejohanan lain untuk dimainkan namun adalah tamparan keras tetapi kami dan perlu kritikal diri untuk memenangi kejuaraan itu," kata Xavi.


Kelab mara pusingan 16 Liga Juara-Juara

Bayern Munich

Benfica

Chelsea

Club Brugge

Borussia Dortmund

Inter Milan

Liverpool

Manchester City

Napoli

Paris Saint Germain

Porto

Real Madrid