Parti Ikatan sokong BN

Nik Marhalim Mohd Bakri
Nik Marhalim Mohd Bakri
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) menyatakan pendirian untuk menyokong BN dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Penerangannya, Nik Marhalim Mohd Bakri berkata, keputusan itu dibuat atas semangat penyatuan ummah.

“Pada PRU14, Gagasan Sejahtera ditubuhkan merangkumi Pas, Ikatan dan Parti Berjasa, namun, PRU15 kali ini, Pas telah memilih untuk bersama-sama Perikatan Nasional (PN) dan Berjasa memilih untuk bersama Gerakan Tanah Air (GTA).

“Gagasan Sejahtera kini ibarat kubur tanpa batu nisan. Keadaan sama turut berlaku kepada Muafakat Nasional yang mana Pas mewakili Gagasan Sejahtera dan UMNO mewakili Barisan Nasional penubuhan Muafakat Nasional untuk menyatukan ummah,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Tambah beliau, Ikatan harus kekal pada tujuan penubuhannya yang asal iaitu sebuah parti berbilang kaum tetapi tetap meneruskan perjuangan UMNO dan BN yang asal.

"Seluruh keahlian dan jentera Ikatan di seluruh negara, termasuk di Sabah akan digerakkan untuk membantu calon-calon UMNO dan BN agar mencapai kemenangan besar, Insya-ALLAH," katanya.

Artikel Berkaitan: