Negeri Sembilan bangkit tewaskan Kedah di Darul Aman

Penyerang KDA FC, Ronald Ngah Wanja (kiri) dikawal ketat pertahanan NS FC, Herold Goulon pada aksi pertama Pusingan 16 Piala Malaysia 2022 di Alor Setar pada malam Rabu. -Foto: KDA FC
Penyerang KDA FC, Ronald Ngah Wanja (kiri) dikawal ketat pertahanan NS FC, Herold Goulon pada aksi pertama Pusingan 16 Piala Malaysia 2022 di Alor Setar pada malam Rabu. -Foto: KDA FC
A
A
A

NEGERI Sembilan (NS) FC berjaya bangkit menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) 1-2 pada aksi pertama Pusingan 16, Piala Malaysia 2022 di Stadium Darul Aman sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, tuan rumah terlebih dahulu berada di hadapan seawal minit ke-7 menerusi jaringan Fayadh Zulkifli selepas satu gerakan dicipta oleh rakan sepasukan dari sebelah kanan.

Beraksi dalam hujan dan keadaan padang basah jelas menjejaskan rentak kedua-dua pasukan dan NSFC mula menggandakan asakan untuk memburu gol penyamaan sebelum tamat separuh masa pertama.

Usaha keras Sang Rusa membuahkan hasil apabila Che Rashid mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-41 untuk membantu kem pelawat kembali ke landasan memberikan cabaran kepada pasukan kendalian Pemangku Ketua Jurulatih KDA FC, Victor Andrag.

Matheus Alves muncul wira pasukan NSFC apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke-67 hasil tandukannya untuk menewaskan penjaga gol KDA FC, Ifwat Akmal Chek Kassim untuk kedudukan 1-2.

Sang Kenari yang cuba bangkit memburu gol penyamaan menerusi beberapa peluang yang terhidang namun benteng pertahanan NS FC berjaya mengekang asakan pasukan tuan rumah sehingga ke wisel penamat.

Kedua-dua pasukan akan kembali bertemu pada aksi timbal balik pada 1 November ini di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi.

Artikel Berkaitan: