Kes gaduh: Enam lelaki, seorang wanita ditahan

Tujuh individu termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pergaduhan di Medan Selera Tanjung, pada Selasa. - Gambar hiasan
Tujuh individu termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pergaduhan di Medan Selera Tanjung, pada Selasa. - Gambar hiasan
A
A
A

AMPANG - Seramai tujuh individu termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pergaduhan di Medan Selera Tanjung di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dalam kejadian pada jam 10.40 malam, mangsa berusia 22 tahun berjumpa dengan salah seorang suspek lelaki.

Suspek merupakan teman lelaki kepada bekas teman wanita mangsa. Semasa perbincangan suspek telah bertindak menumbuk muka mangsa sehingga terjadinya pergaduhan di antara mereka.

"Seterusnya rakan-rakan mangsa dan suspek telah masuk campur sehingga tercetusnya pergaduhan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mohamad Farouk berkata, akibat kejadian itu, mangsa dan suspek mengalami kecederaan di tangan kanan dan muka.

"Punca kejadian dipercayai akibat kata-kata kesat dan saling mengejek," katanya.

Beliau berkata, Kesemua individu berusia 18 hingga 23 tahun itu telah ditahan pada jam 1.10 pagi, Rabu.

"Kesemua suspek telah direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya.

Artikel Berkaitan: