Sila log masuk terlebih dahulu.

PRU15: PKR umum tujuh calon baharu pelbagai latar belakang

26 Oktober 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A
MOJO LIVE 26 OKTOBER 2022

[MOJO LIVE] Pengumuman calon 'top' PKR menjelang PRU15 oleh Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalan Presiden, Rafizi Ramli di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya, Selangor, lapor wartawan Sinar Harian, Farina Rauf.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara calon tersebut ialah ilmuwan agama, Nik Omar Nik Abdul aziz; Bekas Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha; dan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Datuk Zainal Azman Abu Seman.

Turut dicalonkan bekas Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin, Profesor Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan, Pensyarah Kanan di Jabatan Parasitologi di Universiti Malaya, Dr Nur Aisyah Abdul Aziz dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor, Saipolyazan Yusop.