SC batal lesen LT International Futures

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah membatalkan Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSL) LT International Futures (M) Sdn Bhd kerana melanggar syarat lesen yang ditetapkan.

SC dalam satu kenyataan pada Rabu menjelaskan pembatalan lesen tersebut berkuat kuasa 22 September lalu.

"Syarikat tersebut telah diberi peluang untuk merayu terhadap keputusan SC selari dengan proses rayuan yang ditetapkan. Tiada rayuan dikemukakan oleh syarikat tersebut.

"Syarikat yang berurus niaga dalam derivatif itu gagal mematuhi ambang kewangan minimum untuk modal bersih larasannya sejak Mei 2021 dan menyebabkan lesen syarikat tersebut digantung oleh SC sejak Jun 2021," kata kenyataan itu.

Menurut suruhanjaya itu, SC diberi kuasa untuk membatalkan lesen mana-mana pemegang CMSL jika ia melanggar mana-mana syarat lesen bertepatan dengan Seksyen 72(2)(a)(iii) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.

Artikel Berkaitan: