Young Syefura sah bertanding di Bentong

Young Syefura
Young Syefura
A
A
A

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari dari DAP, Young Syefura Othman menepati jangkaan apabila disahkan bertanding di kerusi Parlimen Bentong dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau yang menggantikan penyandang kerusi itu, Wong Tack dijangka berdepan bekas Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang disebut-sebut akan kembali merebut semula kerusi tersebut.

Setiausaha Agung Anthony Loke Siew Fook pada sidang akhbar pengumuman calon itu pada Rabu berkata, nama Young Syefura atau lebih dikenali sebagai Rara telah dipersetujui kepimpinan parti itu untuk mempertahankan kerusi berkenaan.

Menurut Anthony, Young Syefura antara empat calon DAP yang akan bertanding kerusi Parlimen di Pahang pada PRU15.

Katanya, tiga lagi calon, bekas Ahli Parlimen Raub, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji akan bertanding di Parlimen Lipis, bekas ADUN Tras, Chow Yu Hui (Raub) dan bekas ADUN Tanah Rata, Chiong Yoke Kong (Cameron Highlands).

Pada PRU14, Wong Tack memperoleh 25,716 undi dan menang dengan majoriti 2,302 undi menewaskan Tiong Lai (23,684 undi), manakala calon Pas, N Balasubramaniam hilang deposit.

Artikel Berkaitan: