PRU15: Warisan miliki ramai calon berpotensi

Darell (tengah) ketika sidang akhbar mengenai kesiapsiagaan gerakan Warisan Unity di Ibu Pejabat Warisan, di Kolombong, Kota Kinabalu.
Darell (tengah) ketika sidang akhbar mengenai kesiapsiagaan gerakan Warisan Unity di Ibu Pejabat Warisan, di Kolombong, Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Ramai calon yang berpotensi untuk menang dikemukakan kepada kepimpinan tertinggi Parti Warisan (Warisan) sehingga menyukarkan pemilihan dilakukan.

Timbalan Presiden Warisan, Datuk Darell Leiking berkata, Warisan tidak ada masalah dari segi pembahagian kerusi kerana bertanding di semua 25 kerusi Parlimen.

"Warisan tiada masalah mengenai kerusi sebab kami bertanding di semua kerusi Parlimen, masalah kami ialah terlampau banyak calon yang berpotensi.

"Yang kawan-kawan daripada parti gabungan, masalah mereka ialah kerusi. Ada dua, ada tiga, ada sini, ada ke sana.

Masalah kami bukan kerusi, tetapi kami mempunyai calon yang ramai berkelayakan," katanya dalam sidang akhbar mengenai kesiapsiagaan gerakan Warisan Unity di Ibu Pejabat Warisan, di Kolombong, di sini, pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai calon yang akan dikemukakan untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Bugaya yang diadakan bagi menjamin kesinambungan aktiviti pengeluaran makanan negara sekali gus memperkasakan sektor pengeluaran makanan sama pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) nanti.

Sementara itu, ditanya mengenai pertembungan beliau di kerusi Parlimen Penampang dengan bakal Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick, Darell berpandangan akan berdepan dengan saingan yang begitu mencabar.

"Saya tidak kata ia mudah, tugasan yang susah kerana kita berdepan dengan 'orang besar'. "Datuk Ewon mewakili parti lokal melalui Pakatan Harapan (PH) dan juga mungkin ada calon di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS), mungkin juga dari Barisan Nasional (BN) dan lain-lain," katanya.

Artikel Berkaitan: