KAFA tak lupa jasa, sumbangan Hashim Mustapha

Ahmad Muzakkir bersama bekas pemain sezaman Hashim Mustapha selepas menyerahkan sumbangan hasil kutipan perlawanan amal ketika menziarahi pemain legenda itu di kediamannya pada Selasa.
Ahmad Muzakkir bersama bekas pemain sezaman Hashim Mustapha selepas menyerahkan sumbangan hasil kutipan perlawanan amal ketika menziarahi pemain legenda itu di kediamannya pada Selasa.
A
A
A

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) berjaya mengumpul sebanyak RM7,231 hasil sumbangan dari perlawanan amal bekas pemain Kelantan menentang bekas pemain Terengganu di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, pada Isnin.

Naib Presiden KAFA, Ahmad Muzakkir Hamid berkata, perlawanan bola sepak amal itu bertujuan mengutip dana membantu bekas pemain kebangsaan dan Kelantan, Hashim Mustapha yang baru menjalani pembedahan pemotongan kaki minggu lalu.

“Alhamdulillah, sebanyak RM7,231 berjaya dikumpulkan hasil sumbangan penonton, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), bekas pemain Kelantan dan Terengganu yang hadir semalam.

“Perlawanan amal ini diadakan dengan kerjasama Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan itu bagi meringankan beban dihadapi Hashim Mustapha.

“KAFA juga berharap supaya pihak yang prihatin terutamanya di Kelantan dapat membantu legenda bola sepak Kelantan dan Malaysia ini yang telah banyak menyumbang kepada kemajuan serta pembangunan bola sepak secara keseluruhannya di negara ini,” katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.

Perlawanan amal bekas pemain Kelantan bekas pemain Terengganu, berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Hashim Mustapha yang merupakan bekas pemain era 90an sebelum ini selamat menjalani pembedahan memotong kaki kirinya akibat penyakit kencing manis dialaminya sejak beberapa tahun lalu.

Legenda itu bukan nama asing di arena bola sepak negara pernah dinobatkan penjaring terbanyak dan memenangi anugerah kasut emas pada era 90an dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) selain turut mewakili negara.

Artikel Berkaitan: