Feri terkandas

A
A
A

Feri yang membawa lebih 500 penumpang dan kru dalam perjalanan dari Terminal Feri Penumpang Kuah, Langkawi ke Terminal Jeti Kuala Kedah terkandas apabila ia tersangkut di beting lumpur, dipercayai akibat air laut surut yang berlaku di alur pelayaran Kuala Kedah hari ini.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapt Baharin Baharom berkata feri yang bertolak dari Langkawi ke Kuala Kedah pada pukul 1 tengah hari itu membawa 545 penumpang bersama lapan kru.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 4.55 petang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!