Persembahan lima bintang Jun Hao

Jun Hao dan June Wei selepas majlis penyampaian hadiah Masters Indonesia di Malang pada Ahad. - Foto Agensi
Jun Hao dan June Wei selepas majlis penyampaian hadiah Masters Indonesia di Malang pada Ahad. - Foto Agensi
A
A
A

PEMAIN badminton perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao mencipta sensasi apabila meraih kejuaraan Siri Jelajah Dunia pertamanya setelah menjuarai Masters Indonesia di Malang pada Ahad.

Kejuaraan berstatus Super 100 di Dewan Sukan Platinum itu, Jun Hao tampil mempamerkan kebangkitan luar biasa untuk menyingkirkan pemain penuh kejutan Cheam June Wei dalam perlawanan akhir.

Pada set pertama June Wei tampil lebih dominan ternyata tidak berdepan masalah menundukkan lawan berusia 23 tahun dari Kuala Lumpur, untuk kemenangan mudah 21-9.

Namun di set kedua, Jun Hao kembali dengan corak permainan lebih kemas berjaya mengimbangi asakan lawan berusia 25 tahun dari Pulau Pinang itu untuk kemenangan 22-20, seterusnya mengheret aksi ke set penentuan.

Di set ketiga, Jun Hao yang dibarakan kemenangan set kedua ternyata lebih tenang apabila bangkit ketinggalan 14-17 menyaingi asakan June Wei untuk menang 21-19, dalam masa 64 minit.

Kemenangan diraih Jun Hao disifatkan sebagai tonik mujarab selepas kemarau kejuaraan setelah kali terakhir mara ke perlawanan akhir Thailand Masters pada 2018.

Artikel Berkaitan: