Pas jangan terus tipu rakyat

Nik Nazmi
Nik Nazmi
A
A
A

SHAH ALAM – Pas perlu lebih realistik dalam mengotakan janjinya berhubung pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) 355.

Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Ahmad berkata, rakyat terus ditipu dengan retorik kaum dan agama yang dimainkan oleh Pas sedangkan isu-isu asas di bawah tanggungjawab menteri Pas ketika menjadi kerajaan Persekutuan termasuk kerajaan-kerajaan negeri Pas terus tidak selesai.

“Malangnya sehingga ke hari ini Pas terus diam membisu dan langsung tidak melaksanakan apa yang diperjuangkan sebelum ini.

“Semasa Pakatan Harapan (PH) memerintah, selain RUU 355, Pas begitu lantang memperjuangkan beberapa isu yang menyentuh sentimen orang Melayu dan agama Islam seperti isu kematian arwah Adib, penghapusan minuman arak dan judi,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebooknya pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkenaan Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau lebih dikenali RUU 355 tidak sempat dibentangkan kerana pembubaran Parlimen

Menurut Nik Nazmi, pada 2017 ketika Pas pembangkang danBN merupakan kerajaan, Pas mengadakan himpunan besar-besaran mendesak pelaksanaan RUU 355.

Artikel Berkaitan: