Piala Sultan Johor: Malaysia akur aura India

Pemain negara, Muhammad Danish Aiman (kanan) cuba melepasi pemain India, Lugan Cyril pada perlawanan Piala Sultan Johor di Stadium Hoki Taman Daya pada Sabtu.
Pemain negara, Muhammad Danish Aiman (kanan) cuba melepasi pemain India, Lugan Cyril pada perlawanan Piala Sultan Johor di Stadium Hoki Taman Daya pada Sabtu.
A
A
A

MALAYSIA memulakan kempen Kejuaraan Hoki Piala Sultan Johor (SOJC) 2022 langkah kiri apabila tewas kepada India, 2-5 dalam perlawanan di Stadium Hoki Taman Daya pada Sabtu.

Terpaksa akur dengan kekuatan naib juara edisi kesembilan, India apabila tewas 2-5 dalam aksi pembuka tirai Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor (SOJC) 2022.

India yang tampil dengan status naib juara edisi 2019 bermula garang apabila merobek gawang pasukan negara pada minit keenam menerusi gol padang Amandeep sebelum Hundal Araijeet Singh, melebarkan kedudukan di minit ke-10 menerusi pukulan sudut penalti.

Skuad muda negara kendalian Muhamad Amin Rahim kemudian bangkit merapatkan kedudukan menerusi gol padang, Shahmie Irfan Suhaimi, pada minit ke-13'.

India kembali garang apabila menjaringkan dua lagi gol menerusi Dhami Boby Singh (20') dan Sudeep Chirmako (26').

Skuad negara cuba bangkit memberi saingan akhirnya menemui gol apabila Muhammad Amirul Haniff Mamat menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-52.

Tersentak jaringan itu, India kembali mengasak berjaya meraih gol kelima menerusi pukulan sudut penalti Sharda Nand Tiwari pada minit ke-56.

Sementara itu, Australia mengatasi Jepun 3-2 manakala juara bertahan Great Britain mengalahkan Afrika Selatan 4-1.

Artikel Berkaitan:

Pada Ahad, Great Britain akan berdepan Jepun, India menentang Afrika Selatan, manakala Malaysia berentap dengan Australia.