Gabriel tandatangani kontrak panjang bersama Arsenal

Gabriel Magalhaes menandatangani kontrak baharu bersama Arsenal. FOTO: Arsenal
Gabriel Magalhaes menandatangani kontrak baharu bersama Arsenal. FOTO: Arsenal
A
A
A

PERTAHANAN Arsenal, Gabriel Magalhaes sah akan kekal di Stadium Emirates untuk satu tempoh yang panjang.

Ia selepas pemain kelahiran Brazil itu bersetuju melanjutkan kontrak selepas rundingan antara ejennya dan pegawai atasan Arsenal di pusat latihan kelab semalam namun tidak didedahkan butiran kontrak tersebut.

“Gabi mempamerkan kualiti tinggi sejak dia menyertai kami. Dia pemain muda dengan etika kerja mengagumkan dan persembahan konsistennya amat penting buat kami sepanjang dua musim lalu.

“Bekerja dengan Gabi setiap hari cukup menyenangkan, dia mempunyai hubungan baik dengan semua orang di kelab dan kami gembira dia komited untuk terus bersama kami,” kata pengendali Arsenal, Mikel Arteta.

Dalam pada itu, Gabriel ketika ditanya berkenaan lanjutan kontrak tersebut, beliau mengakui gembira untuk kekal bersama Arsenal sambil meletakkan sasaran untuk memenangi trofi utama bersama kelab itu.

“Ia adalah impian saya hari ini dan hari terbaik dalam hidup saya. Saya gembira dapat melanjutkan kontrak di sini.

“Setiap perlawanan penyokong mendorong pasukan di dalam stadium. Ia membuatkan saya amat gembira untuk terus kekal di sini. Arsenal adalah rumah saya.

“Pada masa akan datang, saya mahu menang perlawanan untuk Arsenal, saya mahu memenangi trofi bersama Arsenal dan terus kekal di sini kerana ia adalah rumah saya," kata Gabriel.

Artikel Berkaitan: