Tawaran menarik Go Shop sempena ulang tahun ke-8

A
A
A

Rancangan ‘Live Party Istimewa’ akan menampilkan selebriti tempatan dan hos-hos TV Go Shop seperti (dari kiri) Raianna, Chef Izyan Hani, Fouziah Gous, Wong Chui Leng, Tiong Button selain Siti Nurhaliza.
Rancangan ‘Live Party Istimewa’ akan menampilkan selebriti tempatan dan hos-hos TV Go Shop seperti (dari kiri) Raianna, Chef Izyan Hani, Fouziah Gous, Wong Chui Leng, Tiong Button selain Siti Nurhaliza.



KUALA LUMPUR - Sempena meraikan ulang tahun ke-8, perniagaan beli-belah barangan rumah dan e-dagang Malaysia, Go Shop kini melancarkan Jualan Hari Jadi ke-8 dengan pelbagai tawaran menarik selama tiga minggu untuk pelanggan.

Kempen berlangsung dari 18 Oktober hingga 8 November 2022 dengan tawaran hebat dan penghantaran percuma terus kepada pelanggan di seluruh Malaysia.

Lebih menarik lagi, Go Shop turut menyediakan baucar RM8 juta, hadiah dan ‘Go Points’ bernilai RM88,000 serta rancangan ‘Live Party Istimewa’ dengan tawaran istimewa termasuk Beli 1 Percuma 1.

Para pelanggan boleh membelibelah dan menikmati penjimatan hebat merentasi semua kategori produk teratas termasuk perkakas rumah, barangan dapur, makanan, fesyen, produk kecantikan serta barangan digital.

Ketua Pegawai Eksekutif Go Shop, Christinne Lim berkata, jualan ulang tahun Go Shop menjadi acara yang paling dinanti-nantikan pada tahun ini kerana pihaknya sentiasa berinovasi untuk melengkapi perubahan pasaran yang semakin meningkat seiring permintaan dan trend yang sentiasa berubah di Malaysia.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan atas sokongan yang berterusan. Untuk itu, kami telah menyediakan satu siri tawaran ulang tahun yang menarik dan hebat dengan menampilkan rangkaian produk lebih meluas, sesuai untuk seisi keluarga.

“Nantikan kategori baharu kami iaitu ‘Go Shop Premium’ di mana pelanggan boleh mendapatkan barangan daripada jenama-jenama tulen dan premium serta ‘Service and Tour’ yang menampilkan pakej percutian dengan nilai hebat serta pengalaman perjalanan istimewa di Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Go Shop melancarkan Jualan Hari Jadi ke-8 dengan pelbagai tawaran menarik selama tiga minggu untuk pelanggan.
Go Shop melancarkan Jualan Hari Jadi ke-8 dengan pelbagai tawaran menarik selama tiga minggu untuk pelanggan.

“Go Shop Premium kini menempatkan lebih 20 jenama tempatan dan antarabangsa merentasi kategori fesyen, kecantikan, aksesori hingga barangan rumah dan kediaman,” ujarnya.

Selain baucar RM8 juta, rancangan ‘Live Party Istimewa’ akan menampilkan selebriti tempatan seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datin Fouziah Gous, Chef Izyan Hani, Wong Chui Ling dan ramai lagi!

Saksikan ‘8mazing Live Party’ pada 29 Oktober ini dari jam 9 pagi hingga 12.30 tengah hari di Astro saluran 303 dan pada 30 Oktober dari jam 9.30 pagi hingga 1 petang di Astro saluran 118.

Para pelanggan juga boleh strim acara ini secara siaran langsung melalui Astro GO atau di laman sesawang, aplikasi mudah alih, platform YouTube dan laman Facebook Go Shop.

Pelanggan yang berbelanja minimum RM288 pada setiap pembelian akan mendapat penyertaan untuk bertanding dalam memenangi lebih RM88,000 hadiah menarik dan Go Points.

Muat turun aplikasi Go Shop untuk memenangi lebih banyak hadiah. Pelanggan boleh memuat turun aplikasi Go Shop di ‘Google Play’ atau ‘App Store’ dan memutar ‘Emoji Wheel’ pada aplikasi tersebut setiap hari untuk memenangi ‘Go Points’.

Layari Go Shop di www.goshop. com.my atau muat turun aplikasi Go Shop dari ‘Google Play’ atau ‘App Store’ untuk mengetahui tentang tawaran-tawaran Ulang Tahun Ke-8 Go Shop.

Jangan lupa untuk menonton Saluran Go Shop di Astro – Go Shop RUUMA saluran 118, Go Shop GAAYA saluran 120, Go Shop BAARU saluran 111 dalam Bahasa Melayu dan saluran 303 dalam Bahasa Mandarin.