Kedah kembali fokus hadapi saingan Piala Malaysia

Pemain KDA FC kembali menjalani latihan di Alor Setar bersama Victor selepas berehat dua hari bagi menghadapi pentas Piala Malaysia 2022.- Foto KDA FC
Pemain KDA FC kembali menjalani latihan di Alor Setar bersama Victor selepas berehat dua hari bagi menghadapi pentas Piala Malaysia 2022.- Foto KDA FC
A
A
A

KEHILANGAN Aidil Sharin Sahak yang tidak lagi mengemudi Kedah Darul Aman (KDA) FC selepas tamat Liga Super 2022 meninggalkan sedikit kesan kepada pemain yang bakal menghadapi saingan Piala Malaysia 2022 menjelang 26 Oktober Ini.

Pemain sayap Sang Kenari, Muhammad Fayadh Zulkifli berkata, semua pemain juga mahu kembali bangkit daripada lima kekalahan berturut-turut saingan Liga Super sebelum Ini.

Menurutnya, semua pemain perlu kembali fokus dengan melakukan persiapan rapi di bawah kendalian Ketua Jurulatih Interim, Victor Andrag bagi menghadapi Negeri Sembilan pada pusingan pertama Piala Malaysia.

Memang saya terasa ketiadaan Aidil Sharin dan pemain-pemain Kedah turut mengakui kehilangannya tapi kami kena bangkit kerana ada lagi perlawanan yang perlu ditempuhi.

"Aksi Piala Malaysia tidak sama dengan Liga Super kerana dua pertandingan yang berbeza. Kami juga perlu kembali bersemangat untuk menghadapi Piala Malaysia ini," katanya semasa ditemui pada sesi latihan di Alor Setar pada petang Rabu.

Muhammad Fayadh berkata, beberapa pemain muda termasuk dirinya sudah biasa dengan corak latihan Victor semasa beraksi bersama pasukan Piala Presiden Kedah.

Menurutnya, pemain-pemain lain juga tidak mempunyai masalah dengan cara Victor yang sebelum ini telah membantu Aidil Sharin sebagai Penolong Ketua Jurulatih sejak empat tahun lalu.

"Kepada penyokong Kedah pula, teruskan sokongan kepada kami. Kami akan Cuba bangkit pada Piala Malaysia musim Ini," ujar beliau.

Artikel Berkaitan: