Dua beradik didakwa bunuh anggota Rela

No Image Caption
A
A
A
PETALING JAYA - Dua beradik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di hadapan sebuah unit pangsapuri di Petaling Jaya, 8 Oktober lepas.

R Shugenthiran, 26 dan R Mahendran, 24, masing-masing mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Kedua-dua lelaki itu didakwa bersama-sama membunuh Yahya Kamarudin, 45, di hadapan sebuah unit pangsapuri di Petaling Jaya di sini pada jam 9.12 malam, 8 Oktober lepas, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 5 Januari 2023 untuk sebutan semula kes.
Artikel Berkaitan:


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Maryam Jamilah Md Kamal manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Gursharonjit Kaur. - Bernama