Operasi BNM bantu kadar jangka pendek kekal stabil

Bank Negara Malaysia - Foto 123RF
Bank Negara Malaysia - Foto 123RF
A
A
A
KADAR jangka pendek diunjur kekal stabil pada Khamis berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan RM38.11 bilion dalam sistem konvensional dan RM25.72 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat itu pada Khamis akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional, terdiri daripada RM1 bilion selama tujuh hari dan RM500 juta untuk jangka masa 14 hari, serta dua tender repo berbalik sebanyak RM650 juta untuk 32 hari dan RM300 juta bertempoh 182 hari.

Selain itu, BNM turut menawarkan tiga tender Qard bernilai RM1.3 bilion untuk tujuh hari, RM600 juta (14 hari) dan RM700 juta (21 hari).

Bank pusat telah mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.
Artikel Berkaitan:


Pada 4 petang, ia akan menguruskan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM36.6 bilion dan sejumlah RM22.1 bilion untuk tender semalaman Murabahah. -Bernama