Lelaki maut dihempap kereta ketika curi ekzos

Seorang lelaki maut dihempap kereta dipercayai ketika sedang melakukan jenayah curi ekzos kenderaan itu di tepi jalan di Taman Jaya Utama, Telok Panglima Garang pada Rabu.
Seorang lelaki maut dihempap kereta dipercayai ketika sedang melakukan jenayah curi ekzos kenderaan itu di tepi jalan di Taman Jaya Utama, Telok Panglima Garang pada Rabu.
A
A
A

KUALA LANGAT - Seorang lelaki maut dihempap kereta ketika sedang melakukan jenayah curi ekzos kenderaan itu di Taman Jaya Utama, Telok Panglima Garang dekat sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku sekitar jam 4 hingga 6 pagi.

Menurutnya, polis dimaklumkan kejadian itu selepas menerima maklumat daripada pembantu perubatan Klinik Kesihatan Telok Panglima Garang yang mengatakan telah merawat seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an yang telah meninggal dunia di tepi sebuah kenderaan jenis Honda Accord.

"Siasatan polis mendapati kejadian berlaku semasa si mati (suspek) dan seorang rakannya dipercayai sedang cuba untuk mencuri tabung ekzos kereta terbabit.

"Tiba-tiba alat pengangkat kereta yang digunakan telah terjatuh sebelum kereta itu menghempap si mati," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, kira-kira jam 10.45 pagi hari yang sama, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat dan pasukan ronda cegah jenayah Balai Polis Telok Panglima Garang telah berjaya menahan rakan sejenayah si mati di sekitar kawasan Telok Panglima Garang.

"Suspek berusia 32 tahun ini didapati memiliki tujuh rekod jenayah dan dua kes dadah.

"Suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Banting untuk siasatan di bawah Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan," ujarnya.

Artikel Berkaitan: