Isu Ronaldo tidak halang United atasi Spurs

Fernandes (kanan) antara pencetak gol Manchester United ketika menewaskan Tottenham Hotspur dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford. - Foto Agensi
Fernandes (kanan) antara pencetak gol Manchester United ketika menewaskan Tottenham Hotspur dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford. - Foto Agensi
A
A
A

PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag memberi jaminan akan menyelesaikan isu Cristiano Ronaldo selepas pemain Portugis itu meninggalkan pasukan sebelum tamat perlawanan yang menyaksikan The Red Devils melakar kemenangan 2-0 ke atas Tottenham Hotspur di Stadium Old Trafford.

Ronaldo sebelum itu diletakkan dalam senarai simpanan dalam perlawanan yang menyaksikan jaringan Fred (47') dan Bruno Fernandes (69') pada separuh masa kedua menghadiahkan kemenangan keenam liga kelab selepas mengharungi 10 perlawanan.

Namun selepas ten Hag menjelaskan bahawa dia tidak akan diturunkan, Ronaldo bertindak keluar dengan pantas meninggalkan bangku simpanan para pemain.

"Saya telah melihat dia (pergi), saya tidak bercakap dengannya selepas itu. Saya akan berurusan dengan perkara itu esok.

“Saya mahu mengekalkan tumpuan kepada pasukan, ia adalah persembahan yang menakjubkan daripada semua 11 pemain.

“Ia juga adalah persembahan daripada pemain gantian dalam perlawanan ini. Ia adalah persembahan bertenaga skuad. Kita berurusan dengan isu (Ronaldo) itu esok...

“Hari ini saya menikmati persembahan. Kami meraikan kemenangan ini dan kini kami perlu pulih daripada ini dan kami mempunyai perlawanan penting menentang Chelsea, Liga Perdana Inggeris sangat mengujakan," kata pengendali Belanda itu.

Pada masa sama teg Hag memuji karakter dipamerkan para pemainnya dalam perlawanan tersebut.

Artikel Berkaitan:

“Apa yang kita lihat hari ini ialah 11 pemain yang bertahan, 11 pemain yang menyerang, terdapat banyak elemen dinamik dalam perlawanan ini.

“Saya gembira dengan itu. Saya tidak akan mengatakan bahawa saya berpuas hati kerana bagus tidak cukup bagus, itu mesti menjadi standard di Manchester United,” ujarnya lagi.

Agak mengejutkan ten Hag tidak beralih kepada Ronaldo selepas menyifatkan kemenangan pasukannya sebagai prestasi terbaik musim ini.

“Saya gembira dengan pasukan, saya fikir ia adalah prestasi pasukan terbaik setakat musim ini, jadi anda melihat pasukan berkembang, anda sudah melihat minggu-minggu terakhir cara kami mahu bermain.

“Kami menjadi lebih baik setiap hari di atas padang. Tidak setiap perlawanan akan menjadi seperti hari ini tetapi Tottenham adalah pasukan yang hebat dan sangat menyeronokkan untuk ditonton," katanya.


LIGA PERDANA INGGERIS


Manchester United 2-0 Tottenham

Liverpool 1-0 West Ham

Brentford 0-0 Chelsea

Bournemouth 0-1 Southampton

Newcastle United 1-0 Everton