PRU15: Pas yakin mampu pertahan semua kerusi tradisi

Idris Ahmad
Idris Ahmad
A
A
A

KUALA LUMPUR – Pas yakin mampu mempertahankan semua kerusi tradisi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Naib Presidennya, Datuk Idris Ahmad berkata, keyakinan itu adalah bersandarkan kerjasama parti itu dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Insya-ALLAH. Kita boleh pertahankan. (Dengan gabungan bersama Bersatu).

"Yakin. Perjuangan mesti yakin. Kalau tidak yakin saya tidak ada dalam Pas,” katanya ditemui pemberita selepas majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji Musim 1443H dan Penghargaan Sahabat Korporat TH 2022 pada Rabu.

Sementara itu, ditanya sama ada beliau berhasrat mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang, Idris berkata, perkara tersebut terserah kepada parti.

Beliau juga menerima dengan hati terbuka sekiranya parti itu tidak menamakan beliau sebagai calon kerana hakikatnya pemimpin Pas tidak pernah membuat apa-apa permintaan untuk bertanding di mana-mana kawasan.

"Saya jadi menteri pun tidak pernah melobi. Orang pilih kita bertanding, kita bertanding, kalau tidak bertanding kita bekerja seperti biasa untuk parti.

“Saya tidak ada minta bertanding semula. Kalau tidak dipertandingkan ok, lagi syukur kepada ALLAH,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: