Polis Kelantan, Thailand sepakat perangi jenayah sempadan

Usaha bagi mengekalkan penurunan angka jenayah sempadan

Muhamad Zaki
Muhamad Zaki
A
A
A

KOTA BHARU - Polis Kelantan akan memperkemaskan lagi hubungan erat dengan pihak berkuasa Thailand dalam usaha mengekalkan penurunan angka jenayah penyeludupan di sempadan yang melibatkan rakyat negara ini di selatan negara itu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, usaha akan melibatkan pertukaran maklumat, strategi dan tindakan bersama secara sistematik dalam memerangi jenayah di sempadan khususnya dadah serta pemerdagangan manusia.

“Statistik kes terbaharu ini menunjukkan penurunan berbanding sebelum ini namun angkanya masih tinggi.

“Hubungan sedia ada antara kita dengan Thailand perlu diperkemaskan bagi mengekang jenayah di sempadan negara di Kelantan,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan pada Rabu.

Beliau berkata, sempadan negara sentiasa dalam kawalan dan ia dapat dibuktikan dengan kes-kes yang telah diselesaikan di negara ini.

“Thailand juga sentiasa membantu kita ketika ketika menghadapi masalah.

“Keadaan sempadan yang selamat dari jenayah akan dapat dicapai melalui kesepakatan kedua-dua pihak,” katanya.

Pada Selasa, akhbar melaporkan penurunan kes jenayah melibatkan rakyat Malaysia di Thailand kepada 650 kes berbanding tahun sebelumnya sebanyak 864 kes.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, polis Kelanta juga telah menjalani Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) untuk kali kedua sebagai persediaan jika banjir berlaku semasa Pilihan Raya Umum Ke-15.