Langkah kanan Pearly-Thinaah di Denmark

Pearly (kanan) dan Thinaah bermula positif pada pusingan awal Terbuka Denmark pada Selasa. - Foto FB BAM
Pearly (kanan) dan Thinaah bermula positif pada pusingan awal Terbuka Denmark pada Selasa. - Foto FB BAM
A
A
A

BEREGU wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah memulakan langkah kanan di Terbuka Denmark apabila menewaskan pasangan Thailand, Supissara Paewsampran-Puttita Supakirakul pada Selasa.

Pearly yang baru pulih daripada kecederaan hamstring beraksi baik sambil dibantu Thinaah mudah menewaskan pasangan negara jiran itu dengan straight set 21-16, 21-14 dalam tempoh 34 minit.

Pasangan Thailand itu yang berada di ranking ke-57 dunia cuba memberi tentangan sengit ke atas pasangan negara, namun pengalaman membataskan corak permainan mereka yang terpaksa akur tewas 16-21 pada set pertama.

Pearly yang masih berhati-hati dengan pergerakannya bergandingan baik dengan Thinaah mudah mengutip mata dalam saingan di set kedua untuk menang 21-14.

Pearly mengalami kecederaan hamstring ketika menentang pasangan Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee Yu Lim pada pusingan kedua Terbuka Jepun di Osaka awal bulan lalu.

Artikel Berkaitan: