Polis kesan pemandu Myvi lawan arus

Tangkap layar video tular sebuah Myvi melawan arus di Kilometer 31.2 Lebuhraya Utara Selatan menghala Kulai.
Tangkap layar video tular sebuah Myvi melawan arus di Kilometer 31.2 Lebuhraya Utara Selatan menghala Kulai.
A
A
A

KULAI - [DIKEMAS KINI] Polis sedang mengesan pemandu Perodua Myvi yang tular memandu melawan arus dengan memasang lampu kecemasan (hazard lights) di Kilometer 31.2 Lebuhraya Utara Selatan menghala Kulai.

Ketua Polis Daerah Kulai, Suprintendan Tok Beng Yeow berkata, satu video berdurasi 11 saat dimuat naik di laman Facebook dikesan pada Selasa memaparkan sebuah kereta Myvi dipandu melawan arus.

"Susulan video tersebut, Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kulai sedang mengesan individu berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

"Orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian boleh tampil ke Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kulai," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beng Yeow memberitahu usaha mengesan pemandu Myvi tersebut sedang dilakukan untuk tindakan selanjutnya.

"Orang ramai diingatkan supaya mematuhi undang-undang jalan raya agar kemalangan dapat dielakkan dan seterusnya menjamin keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

"Tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang dikesan sengaja melanggar undang-undang," katanya.

Artikel Berkaitan: