KDN teliti dakwaan kemasukan ejen perisikan Israel

Hamzah
Hamzah
A
A
A

KUANTAN - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang membuat penelitian berhubung dakwaan kemasukan ejen perisikan Israel, Mossad yang menculik seorang warga Palestin seperti yang disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan pada Selasa.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin menjelaskan ini bagi membolehkan tindakan selanjutnya dapat diambil jika benar wujud kemasukan ejen perisikan terbabit.

"Kita akan pantau dan akhirnya, kalau kita rasa sudah sampai masa untuk kita tangkap mereka. Kita akan ambil tindakan yang sewajarnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan akhbar tempatan yang mendakwa perisikan Israel telah memasuki negara ini dalam usaha mereka mengesan dan menculik dua lelaki Palestin yang mereka percaya sebagai aset Briged Hamas al-Qassam.

Akhbar terbabit turut melaporkan tindakan agen perisik berkenaan yang telah menyesuaikan taktik untuk tidak meninggalkan kesan penglibatan mereka selain dipercayai merekrut aset tempatan untuk membantu rejim Zionis memburu anggota Hamas di Malaysia.

Beliau menjelaskan kerajaan sentiasa meneliti dan memantau setiap dokumen kemasukan rakyat asing ke dalam negara ini.

Tambahnya, sekiranya terdapat mana-mana rakyat asing yang memasuki negara tanpa dokumen sah, tindakan akan diambil.

“Sesiapa sahaja yang masuk ke dalam negara kita ini, mereka perlu ada dokumen sah. Jadi bila kita ada maklumat yang mengatakan ada orang masuk menggunakan dokumen tidak sah, kita akan pantau.

Artikel Berkaitan:

"Akhirnya, kalau kita rasa sudah sampai masa kita tangkap mereka, kita akan ambil tindakan sewajarnya,” tegas beliau.