Warga asing ditahan cabul remaja dalam tandas

Lelaki warga asing ditahan kerana disyaki mencabul seorang remaja lelaki di dalam tandas sebuah pusat membeli belah di Cheras. - Gambar hiasan
Lelaki warga asing ditahan kerana disyaki mencabul seorang remaja lelaki di dalam tandas sebuah pusat membeli belah di Cheras. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga asing ditahan kerana disyaki mencabul seorang remaja lelaki di dalam tandas sebuah pusat membeli belah di Cheras di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada mangsa berusia 15 tahun pada jam 2 petang.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa pada ketika itu sedang mengikat kasut dan suspek telah memeluknya dari arah belakang dan telah meraba badan selain memegang punggung dan mencium pipinya.

"Remaja itu telah bertindak keluar dari tandas dan suspek mengikut dari arah belakang sebelum bertindak memegang kemaluan mangsa.

"Mangsa telah berlari ke arah ibunya, suspek kemudian bertindak melarikan diri," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, pihak polis telah berjaya menangkap suspek.

"Suspek telah ditahan reman selama lima hari bermula hari ini sehingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta 792, Akta Kesalahan-kesalahan seksual terhadap Kanak-kanak 2017.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-92845050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau menghubungi mana-mana balai polis berdekatan," katanya.