Roma lonjak ke tangga keempat Serie A

Pellegrini menyempurnakan penalti ketika menentang Sampdoria awal pagi tadi.
Pellegrini menyempurnakan penalti ketika menentang Sampdoria awal pagi tadi.
A
A
A

PENGENDALI AS Roma, Jose Mourinho nyata gembira dengan persembahan ditampilkan pasukannya yang berjaya melangkah dalam kelompok empat teratas Serie A selepas menang 1-0 di Sampdoria awal pagi tadi.

Menurut beliau, kemenangan itu sangat penting dalam meningkatkan moral pemain selepas pasukannya itu terpaksa berhadapan dengan masalah kecederaan dan jadual yang padat.

“Ia merupakan kemenangan yang penting buat pasukan dan mereka sememangnya layak untuk meraih kemenangan ini.

“Selepas berhadapan dengan masalah kecederaan dan jadual yang padat, kemenangan ini sudah tentu sangat bagus untuk pasukan. Kredit diberikan kepada pemain yang beraksi pada perlawanan ini,” katanya.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Luigi Ferraris, jaringan Lorenzo Pellegrini pada awal minit permainan menerusi sepakan penalti memastikan Roma tiga mata mutlak menjadi milik Roma.

Kemenangan itu menyaksikan Roma berjaya memintas pencabar setempat, Lazio di tempat keempat liga iaitu empat mata di belakang pendahulu dan lawan yang akan ditentang pada Ahad ini, Napoli.

Artikel Berkaitan: