Cubaan seludup dadah gagal, tekong nekad terjun sampan

Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Perlis menemukan dadah disorok di dalam sebuah tong minyak berwarna biru di perairan Perlis pada Sabtu.
Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Perlis menemukan dadah disorok di dalam sebuah tong minyak berwarna biru di perairan Perlis pada Sabtu.
A
A
A

KUALA PERLIS - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis (ZMKP) mematahkan cubaan seludup ketulan ganja mampat seberat 10 kilogram dan dua kilogram syabu daripada sebuah sampan kayu di perairan Perlis pada Sabtu.

Pengarah Maritim Malaysia negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, sebuah sampan kayu tanpa nombor pendaftaran telah ditahan pada kedudukan lebih kurang 0.18 batu nautika dari barat Pulau Ketam lebih kurang jam 4.30 pagi.

"Sampan tersebut menukar haluan ke arah hutan paya bakau sebaik melihat kehadiran bot ronda APMM namun berjaya dipintas dan ditahan.

"Bagaimanapun, seorang suspek yang juga tekong sampan nekad terjun ke laut meninggalkan sampan dengan berenang ke kawasan paya bakau untuk meloloskan diri,” katanya pada sidang media di Pejabat Maritim Zon Kuala Perlis hari ini.

Katanya, pemeriksaan menemukan dadah tersebut disorok di dalam sebuah tong minyak berwarna biru dan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan sebanyak RM156,000. - Bernama

Artikel Berkaitan: