Amaran hujan berterusan di Sabah, Sarawak

MetMalaysia mengeluarkan amaran tahap waspada dengan hujan dan ribut petir dijangka berlaku melebihi enam jam.
MetMalaysia mengeluarkan amaran tahap waspada dengan hujan dan ribut petir dijangka berlaku melebihi enam jam.
A
A
A
KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di Sarawak, Sabah dan Labuan hari ini hingga esok.

Menurut kenyataan MetMalaysia yang dikeluarkan pada 8.10 pagi ini, kawasan di Sarawak melibatkan sekitar Bintulu, Miri (Subis, Beluru dan Marudi) serta Limbang.

Sementara di Sabah pula melibatkan kawasan pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat dan Kudat.

Amaran hujan berterusan (waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan dan ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh berkenaan di sesuatu kawasan. - Bernama.

Artikel Berkaitan: