Semua senarai calon Warisan sudah ditapis SPRM, insolvensi

Mohd Shafie ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program Jelajah dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Parti Warisan Bahagian Papar di Kampung Mook, Kinarut, Papar pada Sabtu.
Mohd Shafie ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program Jelajah dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Parti Warisan Bahagian Papar di Kampung Mook, Kinarut, Papar pada Sabtu.
A
A
A

PAPAR - Parti Warisan (Warisan) telah menetapkan pelbagai kriteria sebagai garis panduan untuk pemilihan semua calon parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, semua calon yang disenarai telah pun ditapis dari pelbagai sudut termasuk latar belakangnya.

"Ya, saya telah tapis. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), insolvensinya, muflis, saya tapis. Ini penting bagi kita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Jelajah dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Parti Warisan Bahagian Papar di Kampung Mook, Kinarut di sini pada Sabtu.

Ditanya mengenai kerusi Warisan di Kedah dan Perlis, beliau memaklumkan setakat ini apa yang diumumkan hanya sebagai cadangan.

"Itu belum muktamad. Mereka cadangkan. Pengerusi Perhubungan Perlis minta dua kerusi tetapi saya maklumkan nanti waktunya akan sampai.

"Saya akan jelaskan dan kita telah melantik seorang Ahli Majlis Tertinggi untuk menyelaras bagi menentukan kerusi-kerusi yang ada dan calon-calonnya.

"Saya telah menapis calon-calon yang ada. Ada kebolehan dia, di Pulau Pinang cukup bagi calonnya," katanya.

Sementara itu, ditanya jika ada kemungkinan Warisan berminat menyertai Gerakan Tanah Air (GTA), beliau kekal dengan pendirian tidak bergabung dengan mana-mana parti kecuali Parti Bersatu Sabah (PBS).

Artikel Berkaitan:

"Memang tiada, Pakatan Harapan (PH) tiada, BN tiada. Cuma saya beritahu dari awal kalau ada PBS, tak jadi masalah di Sabah.

"Tetapi saya pun tunggu lama sudah. Saya tidak boleh paksa. Terserah dengan mereka, saya tidak boleh paksa.

"Saya pun telah susun mana kerusi yang kemungkinan kita boleh kompromi. Kemungkinan boleh kita bantu, tak jadi masalah tetapi berita belum sampai," katanya.