Pelakon watak Hagrid dalam Harry Potter meninggal dunia

Coltrane paling diingati di seluruh dunia sebagai Rubeus Hagrid dalam francais filem Harry Potter berdasarkan novel fantasi dengan judul sama hasil tulisan JK Rowling. - Agensi
Coltrane paling diingati di seluruh dunia sebagai Rubeus Hagrid dalam francais filem Harry Potter berdasarkan novel fantasi dengan judul sama hasil tulisan JK Rowling. - Agensi
A
A
A

LONDON - Pelakon kelahiran Scotland, Robbie Coltrane yang memainkan watak Hagrid dalam filem Harry Potter meninggal dunia pada Jumaat.

Ejen dan juga rakannya, Belinda Wright menerusi satu kenyataan berkata, pelakon yang disifatkan mempunyai bakat unik itu meninggal dunia pada usia 72 tahun.

Bagaimanapun, Wright tidak mendedahkan butiran punca kematian Coltrane.

"Mendiang meninggalkan saudara perempuannya Annie Rae; isterinya, Rhona Gemmell; serta anak-anaknya Spencer dan Alice.

"Mereka mengucapkan terima kasih kepada kakitangan medik di Hospital Forth Valley Royal di Larbert atas rawatan dan layanan yang diberikan kepada mendiang.

"Tolong hormati privasi keluarga Robbie pada saat menyedihkan ketika ini," katanya.

Coltrane atau nama sebenarnya Anthony Robert McMillan lahir pada 30 Mac 1950 di Rutherglen, South Lanarkshire dan menempa kerjaya sebagai pelakon, pelawak serta penulis.

Memulakan kariernya sebagai pelakon dalam siri TV, Play for Today pada 1979, namun Coltrane mula menjadi popular dalam siri TV komedi BBC, A Kick Up the Eighties pada tahun 1980-an.

Artikel Berkaitan:

Mendiang pernah menerima anugerah OBE pada tahun 2006 selain Anugerah Bafta Scotland pada tahun 2011 untuk sumbangannya dalam dunia seni. - Agensi